S. Bolehkah saya menggunakan logo yang direka melalui Online Logo Maker untuk laman sesawang saya, perniagaan, dan lain-lain?
J. Sudah tentu anda boleh! ;)

S. Saya tidak boleh mencapai Online Logo Maker menggunakan tablet/telefon dan lain-lain
J. Online Logo Maker memerlukan Adobe Flash Player untuk berfungsi. Jika anda menggunakan Android, sila semak di sini. Jika anda menggunakan iPhone/iPod, sila semak di sini.

S. Bolehkah saya muat turun Online Logo Maker/menggunakannya secara di luar talian?
J. Tidak buat masa ini.

S. Bagaimana saya boleh muat turun Logo tanpa latar belakang/dengan latar belakang telus?
J. Secara piawaiannya, setiap Logo yang anda hasilkan akan dipaparkan dalam bentuk latar belakang telus sebaik sahaja ia di muat turun. Anda hanya perlu klik butang "Muat Turun Logo".

S. Bagamana untuk saya muat turun Logo dengan latar belakang berwarna?
J. Hanya pengguna Premium boleh mendapatkannya. Apabila memuat turun Logo, anda akan perolehi imej dengan latar belakang berwarna secara automatik.

S. Bagaimana saya boleh muat turun Logo dengan resolusi tinggi?
J. Hanya pengguna Premium boleh mendapatkannya. Apabila Logo anda di muat turun, anda akan menerima pakej termasuk imej di dalam resolusi berbeza.

S. Bolehkah anda menghasilkan logo untuk saya?
J. Malangnya tidak. Kami mensasarkan untuk menjadikan aplikasi ini semudah mungkin, supaya anda tidak perlu melakukan banyak kerja. Sila rujuk Tutorial untuk mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana membuat logo anda.

S. Bolehkah saya menghubungkan pautan laman sesawang anda ke dalam blog/laman sesawang saya?
J. Sudah tentu! Ia memberi makna yang besar buat kami apabila melihat hasil kerja kami disyorkan oleh para pengguna kami.

S. Saya terlupa kata laluan. Bagaimana untuk saya mendapatkannya semula?
J. Sila klik di sini. Nota: Anda boleh menggunakan alamat email selain nama pengguna, sekiranya anda terlupa.

S. Saya sangat sukakan projek anda, bagaimana saya boleh menyumbang?
J. Anda boleh lakukan banyak perkara untuk kami dengan mengongsikan laman sesawang kami di Facebook, Twitter, Google+ dan memberitahu rakan-rakan tentang Online Logo Maker. Anda juga boleh memaklumkan kepada kami jika terdapat sebarang isu mahupun cadangan yang boleh membantu kami menambah baik aplikasi kami.

S. Di manakah lokasi anda?
J. Di Brazil, tanah air kami yang cantik dan cerah. Alamat kami ialah Rua das Gaivatos, 849. Florianópolis - SC

S. Saya masih ada soalan, bolehkah saya menghubungi anda?
J. Usah segan, pergi ke Laman Hubungi kami..

COM_PAYPLANS_LOGGER_CRON_START